“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan, dan perbaikilah (segala amalan kamu). Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang membuat kebaikan.”
[Surah al-Baqarah, ayat 195]

Thursday 23 August 2012

SELAMAT HARI RAYA


KAMI WARGA KELAB PROSTAR SMKDPB INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

:DD

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS ; ADMIN HUDA , NAJIHA , HAZIQ DAN MUHIBBUDIN

Friday 29 June 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR 2012


Karnival ini diadakan pada 30 Jun 2012 iaitu pada hari sabtu di SK Temenggong Abdul Rahman 1,Johor Bahru.Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan boria sekolah rendah , dikir barat sekolah menengah, Video kreatif PPDa, mencipta lagu PPDa (Guru) dan Laman Web / PROSTAR.

Karnival ini dirasmikan oleh YBhg.En.Mohd Nor bin A.Ghani iaitu Pengarah Pelajaran Johor dan karnival ini akan tamat pada pukul 5 petang.Insya -Allah.

Thursday 28 June 2012

AYAHNYA SEORANG PLHIV… (KHAS UNTUK ANAK DARA KAMI)


RAHMAT DI SEBALIK HIV

Kalau mahu bercakap tentang rahmat di sebalik ujian HIV, senarainya cukup panjang.

Kelebihan utamanya adalah dapat memperbaiki hubungan dengan Allah, peluang melakukan kebajikan dan menolong masyarakat, meningkatkan hubungan kekeluargaan, menikmati hidup secara yang lebih berkualiti dan banyak lagi.

KISAH BENAR: PERKONGSIAN PENGALAMAN PERKAHWINAN SEORANG ISTERI KEPADA PLHIV




Assalamualaikum...

Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran kerana hari ini saya diberi keberanian untuk menghantar email kepada AHP. Saya pernah menaip email untuk dihantar, tapi pada masa tersebut, saya merasakan belum masanya saya untuk berkongsi dengan sesiapa.

Alhamdulillah, kini setelah mempunyai kelapangan masa dan keberanian, setelah saya membaca pengalaman Cik Aisyah dan juga ZS, saya terimbas kembali pengalaman saya semasa saya sendiri ingin berkahwin dengan suami (PLHIV). Saya berada di dalam bidang professional. Begitu juga suami. Kami berumur awal 30-an. Saya kenalkan diri saya sebagai WF.