“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan, dan perbaikilah (segala amalan kamu). Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang membuat kebaikan.”
[Surah al-Baqarah, ayat 195]

Dasar


Definasi Kelab PROSTAR Sekolah

Kelab PROSTAR Sekolah(Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja) ialah sebuah kelab di sekolah-sekolah menengah yang menjalankan aktiviti berkaitan pendidikan pencegahan HIV/AIDS di samping menggalakkan amalan cara hidup yang sihat.


Penubuhan 

Kelab PROSTAR Sekolah perlu ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah berdasarkan kolebrasi dan persetujuan antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Keahlian

Kelab ini dianggotai oleh pelajar-pelajar lelaki dan perempuan berumur 13 tahun ke atas.Minima Keahlian ialah 30 orang bagi sesebuah sekolah.


Pengiktirafan Kelab PROSTAR

Kelab PROSTAR Sekolah diiktiraf sebagai aktiviti Ko-Kurikulum di sekolah.


No comments: