“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan, dan perbaikilah (segala amalan kamu). Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang membuat kebaikan.”
[Surah al-Baqarah, ayat 195]

FAQ


1. Apakah maksud 'PROSTAR" ?
Prostar bermaksud 'Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja' (LINK//)

2. Siapakah guru pembimbing bagi Kelab Prostar Smkdpb ?
Puan Kalsom merupakan guru pembimbing bagi Kelab Prostar Smkdpb (LINK//) 

3.Saya berumur 15 tahun , bolehkah saya menyertai Kelab Prostar SMKDPB ?
Ya , pelajar yang berumur 13 tahun dan ke atas boleh menyertai Kelab Prostar SMKDPB .


4. Kelab Prostar SMKDPB mendapat sokongan daripada siapa ?
Kelab Prostar SMKDOPB mendapat sokongan daripada pihak sekolah Dato' Penggawa Barat (SMKDPB) , pihak Pengarah Pelajaran Daerah Pontian serta Pejabat Kesihatan Daerah Pontian.


5. Apakah penyakit yang selalu dijangkiti oleh seorang penagih dadah ?
Seseorang penagih dadah berkemungkinan dijangkiti penyakit AIDS .


6. Apakah punca kepada semua masalah sosial ?
Rokok merupakan punca bagi setiap masalah sosial yang berleluasa di negara kita sekarang seperti menghisap dadah .
_________________________________________________________________________________

Soalan: Mengapa sukar untuk membendung gejala-gejala sosial di negara kita yang semakin berleluasa?
Jawapan: (1) Kurang didikan agama dan kasih sayang sesama ahli keluarga. (2) Ibu bapa kurang mengambil berat tentang anak-anak mereka. (3) Masyarakat lebih mengutamakan kemewahan dunia tanpa mengambil peduli keadaan negara. (4) Pengaruh rakan yang sebaya yang tidak bermoral.

Soalan: Bagaimana seseorang itu menghidarkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial?
Jawapan: 1. Bijak memilih rakan. 2. Sering berjumpa dengan guru kaunseling jika menghadapi masalah. 3. Menguatkan ilmu agama di dalam diri. 4. Sentiasa berfikiran positif.


Soalan: Bagaimana ingin menasihati rakan-rakan yang merokok?
Jawapan: Sentiasa menasihati mereka tentang kesan dalam diri apabila merokok dan memberikan galakan untuk mereka berhenti merokok. Menunjukkan mereka amalan-amalan yang boleh dicontohi.


Soalan: Apakah yang anda buat jika ternampak seseorang dibuli di sekolah?
Jawapan: Segera memberitahu guru disiplin tentang kejadian tersebut. 


Soalan: Kawan anda mengalami keracunan makanan di sekolah. Apakah yang anda akan buat jika anda berada di tempat kejadian?
Jawapan: Memanggil beberapa orang kawan untuk mengangkatnya  ke bilik rawatan. Menyuruh rakan-rakan lain melaporkan kepada guru dan menelefon ibu bapanya untuk memaklumkan masalah anak mereka hadapi.


Soalan: Bagaimana mengekalkan kesihatan dalam diri?
Jawapan: Sentiasa bersenam setiap hari. Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Menjaga pemakanan harian.


Soalan: Mengapa kadar kematian penyakit  demam denggi semakin meningkat sejak kebelakangan ini?
Jawapan: 
Persekitaran tempat tinggal yang kotor. Kurang menitikberatkan tentang kebersihan dalam kehidupan seharian. 



Soalan: Jika rakan anda minum arak. Apakah yang anda buat?
Jawapan: Mengingatkan dia tentang keburukan yang bakal di hadapi. Memberitahu ibu bapa dia dan menghalang dia daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Sentiasa menasihati tentang tujuan hidup di dunia.

No comments: