'Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja' atau dikenali sebagai PROSTAR ialah program yang menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah hidup sihat tanpa AIDS.PROSTAR berkonsepkan 'Oleh Remaja , Melalui Remaja , Untuk Remaja'.Selain itu,PROSTAR telah ditubuhkan hasil daripada perbincangan KKM dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan iaitu NGO pada tahun 1995.Program ini telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur.
Matlamat PROSTAR
Prostar ditubuhkan dengan matlamat memberi kesedaran yang tinggi tentang jangkitan dan pencegahan HIV/AIDS dalam kalangan remaja agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan ajaran
agama dan nilai-nilai murni.Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan generasi yang bermaruah dan bertanggungjawab kepada diri sendiri,keluarga,bangsa,agama dan negara.Seterusnya,memupuk minat remaja untuk meneruskan penyertaannya dalam program kawalan dan pencegahan AIDS setelah tamat alam persekolahan mereka.
Objektif
Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja akan bahayanya jangkitan HIV,cara pencegehan dan kawalannya dengan :
- menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup sihat berteraskan ajaran agama dan nilai-nilai murni
- melahirkan remaja yang seimbang dari setiap segi
- membentuk generasi remaja yang bermaruah dan bertanggungjawab kepada diri sendiri,masyarakat dan negara
- memupuk daya kepimpinan yang berkualiti,inovatif,kreatif,kritis dan berwawasan dalam kalangan remaja
'REMAJA SIHAT PENJANA GENERASI TERBILANG'
Misi PROSTAR SMKDPB ialah :
- Menyemai rasa kasih sayang antara satu sama lain
- Mendidik para remaja agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara
- Menghidupkan suasana harmoni dalam kehidupan bermasyarakat
- Melahirkan individu yang sihat dari segi rohani,mental dan fizikal dalam kalangan remaja
Lirik Lagu PROSTAR
PROSTAR…
Bintang harapan
Remaja dan bangsa
Jauhi AIDS hidup sejahtera
Tiada AIDS hidupkan jaya
PROSTAR formula untuk semua
Maklumat hasilnya
Tanggungjawab
Usaha untuk menentang risiko
Sihat remaja majulah negara
Wawasan tercapai bangsa mulia
PROSTAR
Bintang harapan Malaysia
Sinar dalam gelita
Ceriamu untuk semua
Teguhmu teladan tercipta
Remaja harapan negara
Tiada AIDS Malaysia sejahtera
No comments:
Post a Comment