Kebanyakan remaja tidak betul-betul memahami tentang apakah ertinya
kemaafan . Memohon maaf dan memaafkan seperti tidak penting didalam
kitaran kehidupan mereka. Almakhlumlah, zaman remaja penuh dengan
konflik, rasa cepat nak marah, cepat kecewa dan bermacam-macam lagi.
Anak remaja akan menghadapi pelbagai konflik apabila mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
Apabila anak remaja menjejakkan kaki ke sekolah menengah, mereka
sudah mula menghadapi konflik dengan kawan-kawan dan persekitaran. Labih
memudaratkan lagi jika kawan-kawan dan persekitaran yang baru tersebut
adalah berlainan sekali dengan kehendak dan cara pergaulan anak remaja
sebelum ini. Mungkin mereka rasa terasing ataupun rasa marah dan dendam
kepada kawan-kawan mereka. Kadangkala mereka akan rasa tertekan kerana
pada waktu yang sama mereka terpaksa menerima kesalahan kawan-kawan
mereka hanya sekadar untuk tidak diganggu atau dibuli.
Banyak perkara yang boleh menjerumuskan anak remaja kita kepada
perkara-perkara yang memerlukan mereka faham akan realiti
kemaafan.Sebagai ibubapa, inilah masa yang sesuai untuk kita mendedahkan
dan mengajar anak-anak tentang erti kemaafan. Pada peringkat ini,
walaupun ia sukar untuk dilaksanakan tetapi ianya akan memberi impak
yang besar terhadap kehidupan anak remaja kita dikemudian hari
terutamanya bila mereka keluar dari rumah untuk belajar dan bekerja.
Di bawah ini adalah
5 realiti tentang erti kemaafan.