“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan, dan perbaikilah (segala amalan kamu). Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang membuat kebaikan.”
[Surah al-Baqarah, ayat 195]

Friday 29 June 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR 2012


Karnival ini diadakan pada 30 Jun 2012 iaitu pada hari sabtu di SK Temenggong Abdul Rahman 1,Johor Bahru.Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan boria sekolah rendah , dikir barat sekolah menengah, Video kreatif PPDa, mencipta lagu PPDa (Guru) dan Laman Web / PROSTAR.

Karnival ini dirasmikan oleh YBhg.En.Mohd Nor bin A.Ghani iaitu Pengarah Pelajaran Johor dan karnival ini akan tamat pada pukul 5 petang.Insya -Allah.

Thursday 28 June 2012

AYAHNYA SEORANG PLHIV… (KHAS UNTUK ANAK DARA KAMI)


RAHMAT DI SEBALIK HIV

Kalau mahu bercakap tentang rahmat di sebalik ujian HIV, senarainya cukup panjang.

Kelebihan utamanya adalah dapat memperbaiki hubungan dengan Allah, peluang melakukan kebajikan dan menolong masyarakat, meningkatkan hubungan kekeluargaan, menikmati hidup secara yang lebih berkualiti dan banyak lagi.

KISAH BENAR: PERKONGSIAN PENGALAMAN PERKAHWINAN SEORANG ISTERI KEPADA PLHIV




Assalamualaikum...

Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran kerana hari ini saya diberi keberanian untuk menghantar email kepada AHP. Saya pernah menaip email untuk dihantar, tapi pada masa tersebut, saya merasakan belum masanya saya untuk berkongsi dengan sesiapa.

Alhamdulillah, kini setelah mempunyai kelapangan masa dan keberanian, setelah saya membaca pengalaman Cik Aisyah dan juga ZS, saya terimbas kembali pengalaman saya semasa saya sendiri ingin berkahwin dengan suami (PLHIV). Saya berada di dalam bidang professional. Begitu juga suami. Kami berumur awal 30-an. Saya kenalkan diri saya sebagai WF.

Siapakah AKU ?



Siapa “aku”?

Inilah soalan yang paling payah aku nak jawab. Maklumlah melibatkan banyak perkara. Bimbang mendatangkan fitnah terhadap keluarga dan profesion murni yang aku pikul. Tak cerita pula, seolah-olah masyarakat umum akan menganggap HIV ni hanya penyakit untuk orang-orang jahat. Susah, kan?


SEKARANG

Beginilah, aku cerita sekadar patut sajalah ya. Aku berumur pertengahan 40an. Bidang aku ialah akademik. Kira ala-ala ‘ustaz’ jugalah. Kalau terdesak tu, ada jugalah sesekali jadi imam di surau atau masjid. 

Punyai 2 isteri. Kedua-duanya di bidang profesional. Social engineering.  Mempunyai 2 cahaya mata  lelaki. Yang sulung sedang belajar di IPT dan yang kedua akan menghadapi PMR pada tahun ini (2011).

EXLUSIVE: PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY)




Terima kasih kepada teman blog ku kerana mengizinkan aku menyiarkan satu coretan kisah benar dari pengunjung blognya. Semoga kisah beliau bolehla kita jadikan sempadan dan tauladan dalam mengharungi hidup.

Coretan ini bermula.......


Aku Penagih Dadah Keranamu.




"Inilah keadaanku setelah ditinggalkan kau", kata Dali. Aku merenung wajahnya. Tiba2 aku terpandangkan lengannya yang penuh dengan bekas-bekas tusukan jarum. "Kau.....penagih?" soalku meminta kepastian. "Itu saja cara untukku melupakanmu". Katanya sambil menundukkan kepala. "Tapi, kenapa?" soalku. "Kenapa kau tinggalkan aku?" katanya seakan marah padaku.

Tuesday 26 June 2012

Surat Cinta

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sebelum , Selepas Kahwin

Before marriage.. I die for you..
After marriage.You die, up to you.
Lagi lama married.. You die I help you!

Before marriage.. You go anywhere..I follow you.
After marriage... You go anywhere..up to you.
Lagi lama married...You go anywhere...better get lost!!

Before wedding - "you are my heart, you are my love"
After wedding - "you get on my nerves."

Kisah Pengantin

Kisah terjadi sewaktu Majlis akad nikah. Majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam ini. Jadi masa bersila tu. Aku pun mengesot sikit-sikit untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya.

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kena sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab “ lima ”. Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecil-kecil lagi. Tok kadi pun angguk lah, jadi aku rasa jawapan tu ok lah kut.

Pepatah Melayu Moden

Pepatah melayu lama kita ada yang dah tak boleh pakai sekarang ni. Jadi untuk ianya terus dapat digunakan, maka harus kena modified sikit mengikut keperluan semasa. Berikut adalah antara pepatah yang telah diubah suai mengikut zaman sekarang.

1.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,terlajak kapal terbang terpaksa ambil flight lain sebab k/terbang tiada gear reverse.

2.Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3.Sudahlah jatuh ditimpa tangga, tercium pulak tahi ayam, terantuk pulak pasu bunga, kepala tercucuk pulak duri bunga, kaki terpijak pulak belahan pasu bunga... ishk seksa...seksa....

Tentang Gigi





Seorang pemimpin sebuah majlis makan malam agak terlewat ke majlis tersebut menyebabkan dia agak tergesa-gesa menghadiri majlis tersebut.
Ketika sampai di majlis tersebut.. dia terus duduk di meja utama.. Tiba-tiba barulah dia sedar yang dia terlupa memakai gigi palsunya.

Dia berkata pada lelaki di sebelahnya..
"Saya lupa memakai gigi palsu saya"

Lelaki itu menjawab..
"Oh... tak jadi masalah"

Pesanan kepada remaja


Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

Jagalah maruah kamu wahai remaja



Setiap orang sudah pasti mengimpikan kejayaan dalam setiap apa yang dilakukan. Tetapi untuk berjaya tidak boleh hanya berpeluk tubuh atau mengharapkan kepada takdir semata-mata.
Setiap orang yang ingin mencapai kejayaan hidup perlu menghadapi pelbagai rintangan sebelum mencapai kejayaan. Seperti kata pepatah; jika tidak dipecahkan ruyung masakan akan dapat sagunya.
Sesungguhnya hanya individu yang cekal, bijak, dan mempunyai cita-cita yang tinggi sahaja mampu melepasi rintangan untuk menuju ke puncak kejayaan.
Sebenarnya kejayaan dalam bidang apa sekalipun adalah nilai diri atau maruah diri seseorang. Individu yang berjaya, sentiasa mementingkan harga diri agar seiring dengan kejayaan yang dicapai.

Realiti remaja


Kebanyakan remaja tidak  betul-betul memahami tentang apakah ertinya kemaafan . Memohon maaf dan memaafkan seperti tidak penting didalam kitaran kehidupan mereka. Almakhlumlah, zaman remaja penuh dengan konflik, rasa cepat nak marah, cepat kecewa dan bermacam-macam lagi.
Anak remaja akan menghadapi pelbagai konflik apabila mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
Apabila anak remaja menjejakkan kaki ke sekolah menengah, mereka sudah mula menghadapi konflik dengan kawan-kawan dan persekitaran. Labih memudaratkan lagi jika kawan-kawan dan persekitaran yang baru tersebut adalah berlainan sekali dengan kehendak dan cara pergaulan anak remaja sebelum ini. Mungkin mereka rasa terasing ataupun rasa marah dan dendam kepada kawan-kawan mereka. Kadangkala mereka akan rasa tertekan kerana pada waktu yang sama mereka terpaksa menerima kesalahan kawan-kawan mereka hanya sekadar untuk tidak diganggu atau dibuli.
Banyak perkara yang boleh menjerumuskan anak remaja kita kepada perkara-perkara yang memerlukan mereka faham akan realiti kemaafan.Sebagai ibubapa, inilah masa yang sesuai untuk kita mendedahkan dan mengajar anak-anak tentang erti kemaafan. Pada peringkat ini, walaupun ia sukar untuk dilaksanakan tetapi ianya akan memberi impak yang besar terhadap kehidupan anak remaja kita dikemudian hari terutamanya bila mereka keluar dari rumah untuk belajar dan bekerja.
Di bawah ini adalah 5 realiti tentang erti kemaafan.

Methodologi Pencegahan Amalan Merokok


Remaja-perlu didedahkan mengenai :

a)bahaya tembakau kepada kesihatan
b)menghisap rokok bukanlah perlakuan yang hebat
c)amalan merokok adalah sesuatu perlakuan yang sia-sia
d)kaedah-kaedah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan tabiat merokok
e)melalui perundangan iaitu salah satu strategi yang berkesan untuk mengawal penggunaan tembakau dalam    kalangan pelajar.

Monday 25 June 2012

Sebab-sebab seseorang itu mahu merokok


Terdapat beberapa sebab seseorang itu merokok dan di antaranya ialah :
  • Ingin menonjolkan imej yang hebat dan anggun
  • Ingin menonjolkan kedewasaan
  • Ingin mencuba
  • Ingin mengikut tingkah laku ibu bapa
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh iklan
  • Berkemampuan untuk membeli rokok
  • Mudah diperolehi di pasaran

Rokok itu berbahaya !

Rokok menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung.Terdapat lebih kurang 25 jenis penyakit yang berpunca daripada rokok terutamanya penyakit kanser dan jantung.

Semenjak dua dekad yang lalu, penggunaan tembakau telah menjadi masalah kesihatan awam yang serius di malaysia.Tiga jenis penyebab kematian utama di malaysia adalah akibat penyakit yang berkaitan dengan penggunaan tembakau iaitu penyakit jantung iskemia,angin ahmar dan kanser.

 

Pelajar dan masalah-masalah sosial


Remaja merupakan golongan yang seringkali terdedah dengan pelbagai masalah sosial.Pada era ini, golongan ini semakin kurang mendapat perhatian daraipada ibu bapa mereka sendiri dan masyarakat sekeliling.Justeru itu,mereka perlu dibimbing serta diberi perhatian secukupnya supaya generasi berwibawa dapat dilahirkan di tengah-tengah kemajuan dunia.

Kurangnya pengawasan daripada ibu bapa ini,telah mengakibatkan remaja terdedah kepada banyak masalah sosial seperti:

a) merokok
b) penagihan dadah
c) lain-lain aktiviti - bohsia,bohjan,gangsterism,pelacuran,peras ugut dan kongsi gelap

Sunday 24 June 2012

Pencegahan HIV


Antara pencegahan HIV yang boleh dilakukan ialah :

  • setia kepada pasangan anda
  • guna alat suntikan pakai buang'
  • kepada ibu yang mengandung,anda boleh mengambil anti-virus sewaktu mengandung
  • guna alat-alat yang steril untuk menindik telinga da sebagainya
  • pegawai-pegawai kesihatan hendaklah mematuhi peraturan untuk mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam
  • amalkan hubungan seks yang selamat


AIDS tidak boleh merebak melalui ?


Penyakit AIDS tidak boleh merebak melalui :

  • menyentuh seseorang yang dijangkiti
  • duduk bersebelahan dengan pesakit
  • bekerja dalam satu pejabat
  • bermain atau berkawan
  • makan makanan yang dimasak atau dihidangkan oleh pesakit AIDS
  • berkongsi pengangkutan awam
  • berkongsi bilik air ataupun tandas
  • menderma darah untuk pesakit AIDS

Peringkat AIDS : Tanda-tanda


Antara tanda-tanda penyakit AIDS ialah:

a) berat badan berkurangan
b) cirit-birit yang berlanjutan
c) demam yang berpanjangan
d) batuk yang berterusan
e) bengkak-bengkak di leher,ketiak atau pangkal peha
f) berlaku penyakit kandidiasis(penyakit kulit) yang disebabkan oleh sejenis kulat di bahagian mulut dan
   tekak
g) mempunyai penyakit jangkitan paru-paru yang disebabkan kelumpuhan daya tahan pesakit

Spektrum jangkitan HIV


'Window period' - peringkat di mana walaupun virus HIV terdapat dalam darah pesakit tetapi tahap antibodi terhadap HIV tidak mencukupi untuk dikesan melalui ujian pengesanan antibodi terhadap HIV.Tubuh mengambil masa antara 6 minggu hingga 3 bulan untuk mengeluarkan sejumlah antibodi yang mampu dikesan oleh ujian tertentu.

'Asymptomatic HIV' - peringkat di mana ujian HIV telah dapat mengesan kehadiran antibodi terhadap kuman HIV tetapiuu pesakit  nampak sihat tanpa tanda-tanda tertentu.Kebanyakan mereka mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menunjukkan tanda-tanda AIDS,tetapi jangka masa ini mungkin lebih pendek jika tahap kesihatan dan pemakanan pesakit rendah.

'AIDS' - adalah peringkat di mana tahap daya diri melawan penyakit telah lumpuh dan pesakit menunjukkan tanda-tanda tertentu.Kira-kira 50% pesakit AIDS akan mati dalam masa kurang dua tahun.

Bagaimana HIV memusnahkan sistem pertahanan ?


Apabila virus HIV menyerang sel-sel darah putih dalam tubuh manusia,sel-sel tersebut akan musnah dan menyebabkan sistem daya tahan penyakit tidak mampu lagi menahan serangan-serangan penyakit lain.

Friday 22 June 2012

Pencegahan HIV

Antara pencegahan HIV yang boleh dilakukan ialah :

  • setia kepada pasangan anda
  • guna alat suntikan pakai buang'
  • kepada ibu yang mengandung,anda boleh mengambil anti-virus sewaktu mengandung
  • guna alat-alat yang steril untuk menindik telinga da sebagainya
  • pegawai-pegawai kesihatan hendaklah mematuhi peraturan untuk mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam
  • amalkan hubungan seks yang selamat


Jangkitan HIV


Cara jangkitan HIV

Terdapat tiga cara yangboleh menyebabkan penyebaran HIV iaitu :

a) Hubungan seksual
 HIV merebak melalui pemindahan cecair badan daripada seseorang yang telah dijangkti kepada seseorang yang lain.

b)Penggunaan dadah
HIV merebak apabila penagih berkongsi jarum dan alat suntikan untuk menyuntik dadah.

c)Jangkitan ibu kepada bayi
Ibu yang telah dijangkiti HIV boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan.


Apa itu HIV dan AIDS ??

HIV dan AIDS merupakan penyakit yang amat berbahaya.HIV ialah singkatan bagi Human  


Immunodeficiency Virus iaitu virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan 


AIDS.Hal ini boleh menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser.AIDS pula adalah 


singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan merupakan peringkat terakhir jangkitan 


HIV.